Mengumpul makanan Paramesium

Paramecia makan organisma mikro seperti bakteria, alga, dan yis. Untuk mengumpulkan makanannya, Paramecium menggunakan cilianya bagi menyapu makanannya sepanjang bersama air ke dalam mulut sel selepas ia jatuh ke dalam liang tekak ("oral groove"). Makanan masuk melalui mulut sel kedalam perutnya. Apabila makanan yang mencukupi telah terkumpul di pangkal tekak, ia membentuk satu vakuol makanan dalam sitoplasma, dan bergerak melalui sel itu, melalui bahagian belakang terlebih dahulu. Ketika ia bergerak, enzim daripada sitoplasma memasuki vakuol untuk mencerna kandungan, nutrien yang dicerna kemudian memasuki sitoplasma, dan vakuol mengecut. Apabila vakuol sampai ke liang dubur, ia pecah, menyingkirkan sisa kandungan kepada bahagian luar.